HPA Hadapi Krisis Kewangan?

Syarikat pengeluar produk kesihatan dan kosmetik terkemuka, HPA Industries Sdn. Bhd. didakwa sedang berdepan dengan krisis kewangan selepas gagal membayar gaji serta bonus kepada pengedarnya sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan, kira-kira 15 cawangan HPA di utara Semenanjung mungkin terpaksa ditutup kerana pihak pengurusan didakwa gagal membayar bonus kepada pengedar sejak Jun lalu.

Selain itu, kilang syarikat tersebut di Perlis juga didakwa tidak beroperasi sepanjang Ramadan lalu kerana dikatakan tiada bahan mentah untuk diproses.

Seorang pengedar produk syarikat itu, Mohd. Syzad Mohd. Kassim, 44, berkata, dia kini dalam dilema memandangkan kereta dan rumahnya bakal ditarik pihak bank kerana gagal membayar pinjaman tersebut sejak tiga bulan lalu.

“Kami sudah beberapa kali menghubungi pihak pengurusan tetapi mereka memberi pelbagai alasan. Saya benar-benar bingung kerana perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya ketika dihubungi¬†di sini hari ini.

Malah katanya, walaupun tidak menerima bonus, dia dan rakan-rakan pengedar lain terus menjual stok produk sedia ada memandangkan permintaan terhadap produk syarikat masih tinggi.

Sementara itu, seorang pengedar yang hanya mahu dikenali sebagai Zamberi memberitahu, pihak pengurusan berjanji membayar bonus sebelum Aidilfitri tetapi pembayaran tidak dibuat sehingga hari ini.

Zamberi berkata, jika benar HPA tidak mempunyai jualan yang tinggi, mana mungkin pengarah syarikat berkenaan mampu bertindak sebagai penaja kepada program-program besar.

Sementara itu, pembantu peribadi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, Mahadi Che Harun berkata, HPA tidak berdepan dengan krisis kewangan yang serius seperti didakwa oleh beberapa pengedar tersebut.

“Bonus yang belum dijelaskan ialah bayaran untuk bulan Julai manakala bonus bagi Jun masih dalam proses,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pemberian bonus bagi jualan Julai dikira berdasarkan belian ahli dari 1 hingga 31 Julai lalu dan semua stokis mesti menghantar invois ke Jabatan Bonus syarikat tersebut selewat-lewatnya 7 Ogos lalu.

Mengulas mengenai kilang syarikat tersebut di Perlis yang didakwa tidak beroperasi sepanjang Ramadan, Mahadi berkata, ia tidak benar sama sekali.

“Kilang-kilang HPA di seluruh negara beroperasi seperti biasa termasuk pada Ramadan lalu,” katanya.

-Utusan

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • hpa bankrap (84)
  • masalah HPA (17)
  • btul ke hpa muflis (1)

Comments are closed.

Close