Garis Panduan Bank Negara Bantu Atasi Hutang Pemegang Kad Kredit

gambar kad kredit

Bank akan cuba menangani beban hutang kredit yang terus meningkat menggunakan kaedah pembayaran semula dengan mengenakan kadar faedah yang berpatutan. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara ia akan dilaksanakan mulai Sabtu, dan semua bank akan turut melaksanakannya pada hari yang sama.

Semua bank akan menjadualkam semula baki kad kredit setiap pelanggan mereka dengan menumpukan perhatian kepada perbelanjaan serta faedah yang paling tinggi. Dengan cara ini bayaran yang diterima daripada pemegang kad kredit pada bulan September akan digunakan untuk mengimbangi nilai barang dengan kadar faedah paling tinggi kerana ia melibatkan kepentingan mereka yang belum bayar.

Ini bagi memastikan pengurusan hutang kad kredit yang lebih baik dengan baki yang terkumpul dengan faedah paling tinggi atau mereka perlu melunaskan bayaran terlebih dahulu.

Bagi pengeluaran tunai awal, sebanyak 18 peratus kadar maksimum yang dikenakan.

Ia meliputi kadar faedah antara 13.5 hingga 17.5 peratus bergantung kepada rekod bayaran pemegang kad yang digunakan untuk belian barang runcit.

Ketika ini, setiap bank mempunyai kaedah pembayaran yang telah ditetapkan berdasarkan terma dan syarat perjanjian yang telah dipersetujui oleh pemegang kad.

Langkah terbaru yang dikenakan oleh Bank Negara itu adalah untuk menanam sikap pengurusan kewangan cermat dikalangan pemegang kad kredit.

Menurut Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM), Chuah Mei Lin kaedah pembayaran baru itu akan dilaksanakan berkuat kuas 1 Oktober ini tanpa mengira apa jenis transaksi yang dibuat.

“Kadar peruntukan pembayaran yang dikenakan adalah bagi memastikan setiap bayaran yang diterima daripada pemegang kad akan digunakan untuk menyelesaikan baki tertunggak dengan kadar faedah yang lebih rendah.

“Pemegang kad akan dapat menikmati manfaat dalam soal simpanan ke atas faedah yang belum dibayar kerana jika pembayaran semula minimum dibuat maka ia akan menyelesaikan kadar faedah tertinggi yang dikenakan sebelum ini,” katanya kepada The Star.

Terdapat kira-kira 3.2 juta pemegang kad kredit aktif di negara ini dengan beban hutang sebanyak RM30.8 bilion pada tahun berakhir 2010.

Jumlah tersebut lebih tinggi, berbanding RM26.7 bilion pada 2009 dan RM23 bilion pada 2008.

Kaedah terbaru yang diperkenalkan adalah sebahagian daripada garis panduan kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank Negara pada 18 Mac tahun ini.

Langkah-langkah lain yang diperkenalkan termasuklah:

·Kelayakan gaji untuk pemegang kad kredit adalah bagi mereka yang mempunyai pendapatan tahunan minimum RM24,000 (dahulu, RM18,000)

·Pemegang kad kredit yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM36,000 setahun hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada dua syarikat sahaja.

·Had kad kredit maksimum untuk pendapatan kurang daripada RM36,000 setahun disekat pada pendapatan bulanan daripada pemegang kad kredit yang dikeluarkan setiap bank.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close