Gambar Majlis Akad Nikah Faezah Elai & Heykal Hanafiah

gambar akad nikah faezah elai

Dengan sekali lafaz, pelakon Faezah Elai, 29 sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, di sini, kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai dengan mas kahwin RM1,001.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Faezah menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita, manakala Heykal mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, digital Al-Quran, jam, beg tangan, rantai, cincin dan kemera.

Faezah anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, sementara pelamin ditaja oleh Putree Bridel.

Dua buah majlis telah berlangsung sebelum acara pernikahan berkenaan iaitu, malam berinai dan majlis khatam Al-Quran

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Manakala, pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu.

-Mstar Online

Facebook Comments

Comments are closed.

Close