Gambar Kad Kahwin Nabil | Design Kad Kahwin Nabil & Zira

Gambar Kad Perkahwinan Nabil & Nazirah Ayub Edisi Resepsi

 

kreatif design kad kahwin ni Nabil & Zira ni. Dah macam buku cerita kanak-kanak yang Belalang beli untuk Belalang Jr. pula nampaknya. Hehehe

Design kad kahwin ni dihasilkan oleh Kad Lestari dimana Nabil & Zira telah sepakat untuk menggunakan khidmat Kad Lestari dalam menghasilkan kad untuk majlis resepsi pasangan ini yang akan berlangsung pada 2 Oktober.

Berikut komen dari Kad Lestari-

“Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.

“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”

“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.

Sumber dari sini dan sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *