Ditetak Kawan Kerana Tuntut Wang Hutang

Seorang lelaki cedera di muka, dada dan perut selepas ditetak dan dipukul rakannya kerana mahu meminta wang daripada lelaki terbabit dalam kejadian di Taman Putra, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa bertemu dengan rakannya itu di tempat yang dijanjikan.

Bagaimanapun, sewaktu tiba di lokasi itu, mangsa terkejut apabila mendapati rakannya itu datang bersama sekumpulan lelaki.

“Pada mulanya, mangsa berbincang secara baik kerana mahu rakannya itu memulangkan semula wang yang dipinjamkan kepadanya beberapa hari lalu.

“Perbincangan yang pada mulanya tenang bertukar menjadi tegang dan berlaku pertengkaran apabila rakannya dikatakan enggan memulangkan semula wang mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa tetap berkeras mahu rakannya itu memulangkan semula wangnya dan tindakan berkenaan mengundang padah apabila rakannya terus dipukul sebelum ditetak mangsa beberapa kali menggunakan pisau.

Mangsa bernasib baik tidak diperlakukan lebih kejam kerana dihalang rakannya yang berada di tempat kejadian.

“Bimbang perbuatannya dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu, mereka semua kemudian melarikan diri.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kajang (HK) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close