Datuk Awang Jabar Bekas Ahli Parlimen Dungun Maut Kemalangan

Penasihat Agama Kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Awang Jabar, 66, terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 26 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Alur Tuman pagi ini.

Allahyarham ialah juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi selain pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Setiausaha Parlimen di Kementerian Belia dan Sukan.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah seorang warganegara Yaman, Nesmah Nabil Abdul Karem Al-Saiban, 25, yang menaiki sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Alza.

Allahyarham Awang yang patah tulang tengkuk dan Nesmah Nabil yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close