Budak Umur 11 Tahun Dakwa Diliwat Rakan Sebaya

Seorang anak yatim berusia 11 tahun mendakwa diliwat oleh rakan sebayanya di atas siling dan tandas sebuah rumah kebajikan, di sini, baru-baru ini.

Selain menjadi mangsa liwat, anak yatim lelaki terbabit turut mendakwa diugut supaya tidak menghebohkan perkara itu.

Berikutan kejadian itu, ibu kepada mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani, Ahad lalu.

Menurut mangsa, kali pertama dia diliwat oleh rakannya di atas siling asrama setelah dipaksa naik ke tempat itu.

“Siling bilik asrama itu dipecahkan. Saya dipaksa naik ke atas ketika rakan-rakan lain menonton televisyen.

“Kejadian kedua pula berlaku semasa saya membasuh pakaian di bilik air. Kawan saya itu memanggil masuk ke dalam tandas dan memaksa saya menanggalkan seluar.

“Dia juga mengugut supaya saya tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ibu mangsa berkata, dia mendapat tahu kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya semasa melawatnya di sekolah Ahad lalu.

“Saya terkejut apabila anak saya mengaku diliwat oleh rakan asramanya sambil menangis. Dia juga memberitahu saya bahawa dia tidak mahu pulang semula ke asrama anak yatim terbabit kerana takut,” katanya.

Berikutan itu, dia telah menghantar anaknya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menjalani pemeriksaan.

Sementara itu, Pengarah HSAH, Dr. Harif Fadzilah Che Hashim ketika dihubungi hari ini berkata, mangsa kini ditempatkan di wad khas dan berada bawah penjagaan rapi.

“Pihak kita menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Selepas selesai pemeriksaan, kita akan serahkan kanak-kanak itu kepada Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Cheang ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

Katanya, suspek direman sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan perhubungan seks yang bertentangan dengan aturan tabie.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • budak lelaki diliwat (131)
  • video budak lelaki diliwat (118)
  • video liwat budak lelaki (51)
  • pengalaman diliwat (29)
  • liwat budak bawah umur (26)
  • budak diliwat (23)
  • liwat budak lelaki (21)
  • pengalaman diliwat di asrama (17)
  • budak lelaki diliwat video (13)

Comments are closed.

Close