Apa Itu AKPK? | Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

AKPK menawarkan kepada individu perkhidmatan berikut secara percuma:

– Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit
– Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan
– Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.

MISI
Mempromosikan kesihatan kewangan melalui individu yang bergenggamkan pengetahuan kewangan, dan melalui kaunseling kredit serta program pengurusan kredit.

VISI
Menjadikan Amalan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.Menjadikan Amalan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.

LOGO AKPK
Logo kami mencerminkan pengguna dan AKPK. Kombinasi cengkung biru (AKPK) dan kelabu (Pengguna) melambangkan bimbingan dan bantuan AKPK agar pengguna melangkah keluar daripada belenggu kewangan kepada pengurusan wang yang lebih mantap.

KISAH AKPK
Pada tahun 2006 semasa ekonomi pada tahap mantap dengan kredit pengguna di bawah kawalan, Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, sebuah agensi yang kini memanfaatkan rakyat Malaysia.

PENUBUHAN
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia,sebuah pelan 10 tahun yang bertujuan memajukan dan merangsang sektor kewangan negara. AKPK ditempatkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan nasihat kewangan, pengurusan kredit dan pendidikan kewangan bagi menolong rakyat Malaysia menguasai cara pengurusan kewangan masing-masing. Di samping itu, kami di AKPK berhasrat menolong semua individu yang memerlukan perkhidmatan kami supaya mereka bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kewangan sendiri, tetapi juga mencapai ketenangan hidup melalui penggunaan kredit secara bijak.

FOKUS
Menurut hasil kajian kumpulan fokus yang kami adakan, kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi merupakan sebab utama kebanyakan individu, tidak kira tua atau muda, terjebak dalam masalah hutang yang tidak mampu mereka atasi. Pengurusan kewangan yang tidak cekap hasil daripada kurangnya pemahaman tentang prinsip asas kewangan adalah sebab utama individu terjerat dalam masalah ini. Cabaran terbesar kami kini ialah penstrukturan suatu pendekatan yang boleh mencapai satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan tahap pengetahuan serta latarbelakang sosioekonomi yang berlainan.

AKPK sedar bahawa bagi membendung masalah kewangan yang semakin serius di kalangan rakyat, masyarakat umum perlu dididik menjadi celik wang; dan bagi menyokong usaha ini, AKPK menyediakan jalan di mana rakyat boleh mendapatkan nasihat dan kaunseling tentang hal-hal peribadi kewangan. Di samping itu, kami juga menyediakan peluang kepada mereka yang dibelenggu hutang untuk memulih semula keadaan kewangan mereka melalui perkhidmatan pengurusan kredit berstruktur AKPK.

AKPK kini telah berjaya merangka suatu pendekatan untuk mendidik masyarakat melalui 3 perkhidmatan kami: Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Program Pengurusan Kredit (DMP). Perkhidmatan kami adalah percuma dan disasarkan memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk kaunseling dan nasihat kewangan. Sebagai pendidik dalam hal kewangan, AKPK sangat menitikberatkan pembinaan satu masyarakat yang bergenggamkan pengetahuan pengurusan kewangan. AKPK akan berusaha untuk terus memperkenalkan cara-cara inovatif untuk mempertingkatkan pengetahuan kewangan di kalangan pengguna agar sentiasa berada di hadapan dari segi penyebaran pendidikan kewangan.

Sumber dari laman AKPK

Incoming search terms:

  • APA ITU AKPK (185)
  • maksud AKPK (49)
  • fungsi akpk (26)
  • apa maksud akpk (16)
  • sinopsis akpk (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close