4 Kereta Terbakar Di PPR Batu Muda

Empat kereta yang diletak di kawasan parkir Projek Perumahan Rakyat Batu Muda, Jalan Ipoh di sini dilaporkan musnah awal pagi tadi dipercayai disambar api dari kebakaran yang berlaku di tempat pembuangan sampah yang berhampiran.

Kejadian kira-kira 4 pagi itu memusnahkan sebuah kereta Proton Wira, dua Toyota Vios dan sebuah Nissan Terrano.
Pemilik kereta Proton Wira, Syukri Mad Darus, 30, berkata beliau hanya menyedari kebakaran keretanya pada bahagian enjin pada pukul 6 pagi apabila diberitahu jiran-jirannya.

“Apabila saya turun ke bawah, api sudah dapat dipadam. Ada jiran-jiran saya nampak api pada pukul 4 pagi di kawasan berdekatan tempat pembuangan sampah,” katanya yang menganggarkan kerugian keretaya antara RM5,000 hingga RM6,000.

Pemilik Nissan Terrano, Sofian Aminsah, 42, berkata keretanya terbakar pada bahagian belakang.

Beliau dikejutkan dari tidur oleh anak saudaranya untuk memberitahu tentang kebakaran itu pada jam 4 pagi.

“Setengah jam kemudian, bomba datang dan memadam api yang sedang marak,” katanya.

– BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close