Pasangan Kekasih Nekad Minum Racun | Seorang Terbunuh

Gara-gara cinta terhalang, sepasang kekasih bertindak nekad meminum racun mengakibatkan seorang daripadanya maut di sebuah rumah di Rantau, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa yang terbunuh seorang lelaki mualaf berusia 28 tahun.

Kekasihnya yang berusia 18 tahun pula kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini.

Pasangan itu ditemui jirannya dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah terbabit.

Menurut jiran tersebut, ketika kejadian dia baru pulang bekerja sebelum nampak wanita itu membuka pintu pagar dan masuk ke dalam rumah tersebut.

“Selang beberapa minit, saya terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah. Dia dan seorang lagi jiran lalu meninjau untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami bagaimanapun terkejut melihat wanita itu sudah terbaring di dada lelaki itu dan mulut mereka berbuih.

“Kami lalu menghubungi ambulans tetapi tidak lama selepas itu lelaki tersebut disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah jiran berkenaan, dia juga menemui dua cawan plastik mengandungi cecair berwarna putih disyaki racun serangga di kawasan ruang tamu rumah itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close