Joey Daud Bercerai Talak Satu

Sampai disini sahaja jodoh antara mereka. Joey telah sah bercerai dengan isterinya Noraini. Belalang minat juga melihat lakonan si Joey ni. Kelakar la kalau dia berlakon. Lawak dia selamba saja.

Kisah keretakkan rumah tangga mereka sebenarnya sudah lama juga peminat dengari. Belalang pun tahu gitu-gitu jer. Apa-apapun ini semua sudah ditakdirkan. Kita manusia hanya mampu merancang.

Dibawah adalah berita asal yang Belalang ambil dari Utusan-

Pelakon dan penyanyi Zulkifli Daud, 37 atau lebih dikenali dengan panggilan Joey, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Noraini Mohammad Nasir, 45, di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini hari ini.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah mengesahkan penceraian itu selepas hari ini Joey bersumpah bagi menafikan dakwaan Noraini yang mengatakan bahawa lelaki itu pernah rujuk kembali selepas empat hari lafaz cerai berlaku pada 4 Jun 2010.

Sehubungan itu, mahkamah menerima sumpah tersebut dan menerima tuntutan pengesahan cerai yang dikemukakan oleh Noraini, tahun lalu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close