Tolong Saya

Gambar hasil carian Google

Gambar hasil carian Google

Dalam hidup kita seharian, tentu kita pernah ungkapkan ayat ‘tolong’ atau ada yang mengungkapkan kata tersebut kepada kita? Apa, tak pernah sebut dan tak pernah dengar perkataan ‘tolong’? Err susah ni… Sila tengok dalam kamus ye apa maksud ‘tolong’.. Hehehe

Sebenarnya sedar atau tidak kita selalu sebut atau dengar orang lain sebut ayat tersebut kepada kita. “Tolong ambil kertas tu”, “Tolong pinjamkan duit, nanti aku bayar”, “Tolong beri laluan”, “Tolong bawakan barang itu kepada saya” dan bermacam-macam lagi perkataan ‘tolong’ yang sering kita sebut.

Sekarang cuba anda fikir pula, pernah atau tidak anda memarahi seseorang yang anda minta tolong kerana pertolongan yang dihulurkannya tidak seperti yang anda harapkan? Atau anda sendiri pernah mengalami situasi ini. Anda cuba memenuhi permintaan rakan anda supaya menolongnya, namun apabila dia tidak berpuas hati dengan bantuan yang diberi oleh anda, rakan anda itu marah-marah kepada anda. Pernah tak? Belalang rasa pernah.

Belalang juga sering bertemu dengan keadaan begitu. Diminta tolong oleh seseorang, namun bila pertolongan yang kita beri tak seperti yang dia harapkan, kita pula dimarahinya. Malah rasanya Belalang juga pernah lakukan perkara tersebut kepada orang lain tanpa Belalang sedari.

Sepatutnya sikap begitu tak boleh ada dalam diri kita. Seboleh-bolehnya cubalah hargai pertolongan yang telah dia hulurkan. Mungkin dia telah melakukannya sedaya-upaya. Jika kita menunjukkan reaksi yang kita benar-benar berterima kasih dengan pertolongannya, tentu sekali dia akan berasa dihargai dan dilain masa dia tidak akan teragak-agak lagi untuk menghulurkan pertolongan kepada kita. Silap-silap kita tak sempat sebut ayat ‘tolong’, dia dah pun hulurkan pertolongan.

"Aku minta tolong kau kirim salam kat awek tu... bukan suruh kau dating ngan dia! Tumbuk kang!!"...

Belajarlah untuk hargai perasaan orang lain jika kita juga mahu orang lain hargai perasaan kita. Bukan susahpun untuk mengembirakan hati orang lain. seperti Belalang kata di atas tadi, hargai usahanya dalam menghulurkan bantuan kepada kita. Walaupun pertolongan tersebut kita rasa tak seperti yang kita harapkan. sekurang-kurangnya dia berniat untuk menolong kita daripada hanya mendengar dan geleng kepala yang langsung tak membantu.

Pesanan ini Belalang tujukan khas untuk Belalang dan juga sesiapa yang Terasa… Hahaha

Facebook Comments

Comments are closed.

Close