Taufan Muifa Melanda Beberapa Negeri

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang berbahaya kepada bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut di beberapa kawasan perairan negara berikutan taufan Muifa.

Menurut jurucakap jabatan itu, angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, antaranya membabitkan perairan Phuket yang dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.

“Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Reef North, Layang-Layang dan Palawan, dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

“Angin kencang (itu juga) dijangka berlaku di kawasan perairan Samui (Kelantan dan Terengganu) serta Tioman (Pahang) bermula esok sehingga Isnin ini,” katanya, melalui satu kenyataan, semalam. Taufan Muifa yang dikesan berada di latitud 25 utara dan longitud 128 timur kira-kira 152 kilometer (km) ke selatan-tenggara Kadena Air Base, Jepun pada jam 3 pagi semalam bergerak perlahan ke arah barat.

Ia berada kira-kira 2,362 km ke utara-timur laut, Kudat dan 2,395km ke utara-timur laut Sandakan, Sabah.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close