Tanah Runtuh Cameron Highlands 2011 | Operasi Menyelamat Dihentikan

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada petang 7 Ogos 2011 yang menyaksikan mengorbankan beberapa penghuni perkampungan Orag Asli Sungai Ruil, telah dihentikan kerja-kerja menyelamat seawal jam 1.30 pagi.

seramai tujuh mangsa terkorban dalam kejadian ini manakala dua mangsa lagi mengalami kecederaan.

Berita di bawah Belalang ambil dari Utusan-

Operasi menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands ditamatkan pada jam 1.30 pagi tadi apabila tiga mayat terakhir berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu seramai tujuh orang semuanya dan dua mangsa yang cedera.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang semalam itu, tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya manakala dua lagi rumah berdekatan mengalami kerosakan kecil.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close