Sultan Ahmad Shah Terima Anugerah Berlian AFC 2011

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dan bekas Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) merupakan penerima Anugerah Berlian AFC 2011.

Perwakilan AFC yang diketuai pemangku presidennya Zhang Jilong menghadap Sultan Ahah Shah di Istana Pahang di sini semalam untuk menyampaikan perkabaran tersebut kepada baginda yang menjadi Persiden AFC dari 1994 hingga 2002.

Menurut laman web AFC, anugerah akan disampaikan kepada baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada majlis Anugerah Tahunan AFC di sebuah hotel terkemuka di sini pada 23 Nov ini.

Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang memberi sumbangan ke arah pembangunan dan promosi sukan bola sepak di benua Asia.

Zhang memuji sumbangan baginda kepada pembangunan bola sepak Asia dengan berkata: “AFC dan keluarga bola sepak Asia tidak akan melupakan sumbangan baginda Sultan. Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC sebulat suara membuat keputusan untuk menghargai baginda.”

Sementara Sultan Ahmad Shah pula bertitah: “Saya mahu melihat kerjasama erat antara AFC dan AFF di masa depan.” Penerima anugerah sebelum ini termasuk Saburo Kawabuchi (2005), Joseph S Blatter (2006), Lennart Johannson (2007), Ken Naganuma (2008, selepas kematian),Jeneral Farouk Bouzo (2009) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (2010).

— BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close