The Star Siar Juadah Berbuka Daging Khinzir?

Sememangnya patut KDN mengambil tindakkan dengan penyiaran akbar The Star mengenai juadah berbuka puasa yang memaparkan gambar hidangan daging khinzir. Walaupun pengarang The Star mengatakan perkara ini tidak sengaja berlaku, rasanya KDN perlu mengambil tindakan juga supaya kesilapan begini tidak berulang lagi dimasa hadapan.

Sengaja atau tidak iklan berkenaan telah menyinggung perasaan segelintir umat Islam di negara kita. Moga ia menjadi pengajaran kepada akhbar-akhbar lain juga. sebelum menerbitkan sesuatu artikel perlu diperiksa dengan teliti.

Di bawah berita mengenai hal ini yang Belalang ambil dari Kosmo-

Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk Ramadan Delights yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delight situ merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close