Sesak-sesak Dah…

Sudah selamat tiba di kampung atau anda baru nak memulakan perjalanan? Bagi yang dah selamat tiba ke destinasi, syukur Belalang ucapkan. Bagi yang masih belum memulakan perjalanan anda, meh sini dengar bebelan si Belalang Hijau sikit. Hee

Para perantau dan mula meninggalkan kota raya bermula kelmarin lagi. Lepas ni KL akan lengang sementara kampung-kampung luar bandar akan meriah dengan sanak-saudara yang pulang beraya bersama keluarga.

Rasanya anda sendiri pun sedia maklum apa yang perlu dilakukan bagi memastikan perjalanan anda lancar. Periksa kenderaan sebelum mulakan perjalanan itu memang sesuatu yang wajib. Jangan tak buat pula. Nanti jadi apa-apa di pertengahan jalan, baru nak nyesal.

Jika anda memulakan perjalanan disebelah malam, pastikan mata dan badan betul-betul segar. Jangan paksa juga untuk memandu jika terasa mengantuk. Lebih baik berhenti di mana-mana R&R untuk rehatkan badan sekejap. Perut jangan terlalu kenyang sebab perut yang terlalu kenyang akan menyebabkan mata mengantuk.

Satu yang sangat pasti, sepanjang perjalanan anda itu kesesakkan memang tidak dapat dielakkan. Jadi pastikan anda mengikut segala arahan jalan raya. Bertimbang rasa sesama pengguna dan pandu dengan kelajuan pada kadar yang selamat. Tak payah la laju-laju sangat. Tak kan lari kampung dikejar, tak kan lari lemang dan ketupat 🙂

Akhir kata dari Belalang utamakan keselamatan anda sepanjang perjalanan anda. Biar kepulangan anda disambut dengan gembira keluarga dan bukannya tangisan akibat kelalaian anda. Belalang doakan semoga anda selamat tiba kedestinasi dengan selamat.

Selamat bercuti raya!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close