Rozita Che Wan Dah Temui Calon Sesuai?

Kebiasaanya orang akan tidak akan hebah atau bercakap sekiranya sesuatu perkara itu belum pasti. Tapi jika dah yakin dan sahih dengan perkara itu, memang kita tak kisah untuk berkongsikannya bersama orang lain. Belalang merujuk kepada kenyataan Rozita Che Wan yang berkata dia akan berkahwin selewat-lewatnya tahun depan.

Kalau tak pasti dah ada jodoh atau tidak mana mungkin Rozita yakin saja buat statement begitukan? Nampaknya tentu sekali calon yang melekat di hati telah Rozita temui. Err… calon yang memang peminat semua tahu tu kan? 😛

Pelakon wanita yang dikaitkan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Rozita Che Wan (gambar), 37, hari ini tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin selewat-lewatnya pada tahun depan.

Menurut Rozita, dia meletakkan soal jodohnya kepada Tuhan. Namun jika sudah tertulis takdir untuk dia bersama Ahmad Shahir Zawani atau Shahir, 23, dia menerima dengan hati terbuka.

“Saya serahkan segalanya ke hadrat Ilahi, tetapi jika memang jodoh kami, saya terima sahaja.

“Bagaimanapun, buat masa ini, kami masih belum berbincang secara serius lagi mengenai perkara tersebut,” ujarnya ketika ditemui ketika majlis Syawal Emas bersama Safi Rania di sini hari ini.

Bagus la kalau begitu. Cepat-cepat kahwin dapat menghindari diri daripada fitnah, betul tak? Harapnya Rozita akan bahagia dengan siapa sahaja pilihan hatinya. Tak kiralah Shahir atau orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close