Raya Yang Akan Dikenang

Gambar anjung rumah sebelum diserang saudara-mara

Gambar anjung rumah sebelum diserang saudara-mara

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca SBT semua. Selamat hari raya, amboi segak dan kacak-kacak semua dengan baju raya ye. Biasanya di hari ke-2 ni masing-masing belum habis melaram dengan pakaian baru sambil ke rumah kawan-kawan atau sanak-saudara yang adakan ‘open house’.

Kelmarin raya pertama di rumah mertua tersangatlah meriah dengan kunjungan dari jiran-tetangga dan juga pakcik makcik. Lepas saja sembahyang raya di masjd, terus sahaja kami menerima tetamu hinggalah ke malam hari.

Suasana di dalam rumah

Suasana di dalam rumah

Area kampung Belalang ni, juadah yang paling hot adalah lemang. Ketupat kurang sikit. Singgah la mana-mana rumah pun, lemang semestinya menu utama. Belalang sendiri pun kelmarin makan nasi sekali saja, tengahari. Perut kenyang dengan pulut ja.

Suasana di anjung yang sunyi tadi

Suasana di anjung yang sunyi tadi

Pada sebelah malam, Belalang dan adik-adik yang lain curi untuk menyelinap diantara tetamu yang masih ramai tu untuk mengunjungi ke rumah makcik. Makcik jemput sebab dia ada buat laksa. Laksa makcik memang terkenal sebab sedap ya amat. Kebetulan adik ipar Belalang perempuan sorang ni memang hantu laksa. Dia beriya-iya ajak kami ke sana untuk menikmati laksa makcik.

Dalam pukul 10 malam macam tu, lepas dah settle ‘mensantap’ laksa dan lain-lain hidangan, kami pun minta diri untuk pulang. Belalang dan Mrs. Belalang nak terus pulang ke Kulim, sementara adik Belalang yang perempuan tu dengan tiga orang lagi adik, terus pulang kerumah.

Malang tak berbau, ketika kami keluar untuk masuk ke jalan besar kereta adik telah dilanggar oleh dua motosikal. Belalang dan Mrs.Belalang dapat melihat kejadian tersebut melalui cermin sisi. Memang terkejut kami berdua dengan kejadian tersebut. Cepat-cepat kami pusing kereta untuk melihat keadaan mereka.

Dalam bulatan: Tempat kereta adik selepas dilanggar dua buah motosikal terbabas

Dalam bulatan: Tempat kereta adik selepas dilanggar dua buah motosikal terbabas

Dipendekkan cerita adik-adik semuanya selamat. Manakala penunggang motosikal dan pembonceng (empat orang semuanya) pula cedera ringan. Keadaan kereta di sebelah pemandu agak teruk, begitu juga dengan motosikal yang melanggar kereta adik. Belalang agak motosila berkenaan tiada lampu manakala mereka menunggang dalam keadaan laju.

Patut la adik beriya-iya sangat nak ke rumah makcik, rupanya ada malang yang sedang menanti. Apa-apapun kami semua bersyukur kerana adik-adik tidak mengalami apa-apa kecederaan. Memang ini raya yang akan Belalang ingat sampai bila. Bukan Belalang saja, Mrs.Belalang dan adik-adik juga tentu tak akan lupakan peristiwa hitam ini.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close