QPR sedia Uji Safee Sali & Khairul Fahmi

Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu

Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.

Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.

Ini satu Peluang yang sangat baik kepada Safee dan Apek untuk memantapkan lagi permainan bola sepak antara mereka berdua. Harapnya akan ada keputusan positif dari kelab QPR.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close