Polis Tubuh Pasukan Siasat Kes Simbah Asid

Sebuah pasukan petugas, yang dianggotai para pegawai polis dari Kuala Lumpur dan Selangor, telah dibentuk untuk mengumpul maklumat dan menjejaki penjenayah yang terlibat dalam kes serangan asid terbaru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin hari ini berkata, polis sedang berusaha habis-habisan untuk menahan penjenayah berkenaan dan menyelesaikan kes itu dengan secepat mungkin.

Polis Kuala Lumpur telah mengedarkan imej komposit seorang daripada suspek kepada media semalam.

Mohd. Bakri bagaimanapun menolak spekulasi bahawa serangan terbaru itu mempunyai kaitan dengan penyimbah asid bersiri yang telah mencederakan beberapa mangsa sejak Mac tahun ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek supaya tampil membantu polis.

— Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close