Peristiwa Yang Hanya Berlaku 823 Tahun sekali!

Dari pagi tadi Belalang merayau-rayau di dunia maya ini membaca beberapa penulisan. Sesuatu yang Belalang jangka akan hot adalah permohonan maaf secara rasmi Gaysec kepada Arlene Tan kerana tersalah orang dengan mengatakan Arlene sebagai Makcik Hajjah. Geleng kepala Belalang membacanya. Bagi yang Belum tahu, kejap-kejap lagi akan Belalang kongsikan.

Sekarang ni Belalang ingin berkongsi satu info dengan anda semua. Satu fenomena yang hanya berlaku 823 tahun sekali! Beruntung kita kerana berpeluang merasai fenomena ini sekali dalam hidup kita. Apakah fenomena itu?

Info ini Belalang ambil dari group geng blogger dan Belalang rasa ia sesuatu yang menarik! Cuba anda baca tulisan di bawah ini-

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yg jrg berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor t’akhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!

Contoh: Anda yg lahir pada thn 1988, umurnya skrng 23 pd tahun ini. Jadi, 88 + 23= 111..!!! Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun!
Subhanallah….

Belalang mencuba dengan tarikh lahir Belalang dan Mrs.Belalang dan hasilnya sama seperti jawapan di atas. Cuba anda pula melakukan eksperimen ke atas tarikh lahir anda. Begitu hebat ciptaan tuhan kan?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close