Perbicaraan Kes Anwar Ibrahim 8 Ogos 2011

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengangkat sumpah bagi membela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Keterangan membela diri itu bagaimanapun hanya akan dibuat selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah terlebih dahulu membuat keputusan terhadap permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hujahan berhubung permohonan tersebut telah dikemukakan oleh peguam Karpal Singh mewakili Anwar dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada 3 Ogos lalu selepas Anwar memfailkan permohonan itu pada 26 Julai dan 1 Ogos lalu.

Bekas Kuih Raya Sempoi!

8:00 – Mahkamah masih kelihatan agak lengang. Tidak kelihatan penyokong lagi melainkan Saden Wateh sahaja di kesan. Saden Wateh adalah penyokong tegar Anwar. Di mana saja Anwar berada dia akan sambut. Sering menulis artikel di dalam blog pembangkang.

8:23 – Diluar kamar Mahkamah Tinggi Jenyah 3, aras 5 dipenuhi dengan wartawan tempatan. Ada kira-kira 15 orang ter’masuk dari Utusan, Berita Harian, Malaysia Kini. Mereka masih tidak dibenarkan masuk.

8:47 – Barisan pendakwa dah mula masuk. Dato Yusof kelihatan ceria, entah mungkin keputusan pangil 5 saksi memihak kepada Pendakwa.

Dato Yusof memang cool. Dia tahu apa dia buat. Tiada sampai lagi barisan peguambela Anwar seperti biasa lambat.

8:50 – Wartawan baru dibenarkan masuk untuk ambil tempat dalam mahkamah. Rata-rata reaksi menyatakan kes permohoban Anwar panggil 5 saksi ditolak dan permohonan saja dibuat bagi lambatkan kes memandangkan tiada peruntukan dalam seksyen. Mana ada sapina untuk temubual saksi?

Semenatara itu, 3 orang pemberita AP dan 2 orang dari Reuters dilihat hadir bersama wartawan Malaysiakini.com. Pasti rancangan usahasama spin maut nak salahkan mahkamah.

8:53 – Dato Param Cumaraswamy baru sampai. Kelihatan agak muram dan duduk berseorangan ditempat duduk peguambela. Rata-rata media dalam kamar kira-kira 25 org. Dua pemerhati luar sudah sampai dari kedutaan Australia. Sayang sangat orang putih dengan peliwat dan pembohong ini …

8:56 – Anwar tiba bersama isteri dan anak Nurul Nuha. Agak ceria bersalaman dengan pemerhati dari Australia. Wan Azizah pakai tas tangan warna kuning, agak terselah keremajaan IC Kod 71 kelahiran Korea.

9:00 – Kelihatan dalam kamar kira-kira 50 orang termasuk Rosli Ibrahim. Selain 25 wartawan, adalah 25 penyokong Anwar.

9:05 – Wan Azizah agak sibuk dengan 2 handphone Blackberry sambil BBM. Anwar masih berbual dengan pemerhati asing. Itulah seorang jiwa dijajah, Mat Salleh saja begitu lebih-lebih dilayan.

9:10 – Barisan peguambela dah masuk termasuk S.N. Nair dan 2 pakar DNA dari Australia dan UK. Mereka berdua masuk dan duduk dalam barisan kerusi peguam pemerhati bersama peguam Saiful. S.Nair, Dato Param dan Anwar sedang berbincang dan agak kritikal punya perbincangan.

9:15 – Kehadhiran 10 orang penyokong Anwar termasuk Senator David Yeoh, bekas ahli Dewan Negara, Bekas Setiausaha Sulit Anwar, FaekaH Husin, dan Saifuddin Nasution. Saifuddin tiba dengan imej baru, rambut crew cut ala army. Macam sedia gantikan Anwar masuk Sungai Buloh.

Nurul Izzah dan suami juga tiba. Mereka semua berdiri memandangkan tempat duduk penuh. Anwar masih berbincang dengan Sankara Nair.

9:20 – Kelihatan sampai adalah kepala kongsi gelap, Ronnie Liew dan Tian Chua hadir untuk memberi sokongan TIDAK BERmoral. Mereka bersalaman dengan penyokong yang hadir. Kemudian bertemu Anwar untuk bersalaman dan berbincang dengan Anwar. Susun strategi atau mintak arrange China Doll. Russian ke?

9:29 – Semua menunggu kapal SSingh yang belum tiba. Tiba-tiba Saden Wateh memanggil Anwar keluar kamar. Kemungkinan Karpal baru sampai dan ajak berbincang di luar mahkamah. Hah tengok, saden wateh ni orang biasa, tapi macam strategis untuk anwar juga.

9:36 – Karpal Singh masuk bersama Ram Karpal setelah berbincang di luar dengan Anwar. Anwar kembali ke kandang dan Wan Azizah agak muram memerhatikan suaminya.

9:39 – Jika sempat baca Malaysian Story sini atau ringkasan MIM sinimengenai kes ini

———————————-

9:40 – Perbicaraan bermula.

Hakim Dato Zainal Abidin hakim bacakan permohonan Anwar minta hadir saksi. Dia menyatakan, setelah meneliti kedua pihak, pemohonan peguambela untuk panggil saksi dibenarkan.

Hakim memutuskan permohonan peguam Anwar pada 26hb Julai dan 3hb ogos lalu diluluskan dan dibenarkn memanggil/interview 15 orang saksi pendakwaan termasuk PM dan isteri PM. Namun begitu, ia tertakluk kepada persejutuan dari saksi tersebut. 

Penyokong Anwar termasuk peguambela Anwar gembira. Anwar agak gembira sambil berbual dengan pemerhati. Mahkamah tangguh sementara.

9:49 – Anwar berbincang dengan Karpal. Manakala Dato Yusof berbual dgn dua pakar forensik dari Australia. Wan Azizah dan anak-anak agak gembira dengan keputusan tersebut.

9:55 – Reaksi wartawan. Rata-rata rasa Karpal akan minta tangguh kes untuk beri ruang panggil saksi dan djangka kes akan berpanjangan. Itulah sebenarnya tujuan Karpal untuk tangguh kes dan mereka yang dipanggil sebagai saksi juga mempunyai peruntukan tersendiri untuk hadir interview.

Belut betul cucu Hindu masuk Islam kutip botol di Ceruk To Kun …

——————————–

10:08 – Anwar masuk kembali dalam kamar bersama Karpal dan barisan peguambela yang lain. Kecerian jelas di wajah Anwar. Wan Azizah turut sama agak ceria. 

Saifuddin dan Nurul berbual dengan Senator David Yeoh. Anwar teruskan perbincangan dengan Karpal, S Nair, Dan Param. Berkemungkinan ini berhubung dengan permohonan penangguhan. Bicara masih tangguh sementara.

10:17 – Hakim panggil wakil kedua pihak ia-itu Karpal dan Dato Yusof bincang dalam kamar hakim mengenai permohonan Karpal untuk minta tangguh.

10:23 – Wakil kedua-dua pihak selesai bincang dan tunggu bicara mula. Dato Yusof masih bincang dengan Karpal dalam mood ceria.

10:24 – Bicara mula. Dato Yusof mulakan hujah dengan meminta tangguh memandangkan hakim terima permohonan panggil saksi. Mohon 1 minggu untuk tangguh kes. Hakim terima dan kes mula kemabli pada 15 – 26 Ogos.

Update ini dipetik dari blog – The Unspinners

Facebook Comments

Comments are closed.

Close