Muhammad Asyraf Haziq Rosli Selamat Jalani Pembedahan

Penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang cedera diserang dan disamun sekumpulan lelaki dalam kejadian rusuhan di London selamat menjalani pembedahan di Hospital Royal London hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Muhammad Asyraf kini berada di dalam keadaan stabil dan dirawat di hospital berkenaan.

“Dia menjalani pembedahan selama lebih tiga jam bagi memasukkan plat logam di rahangnya antara pukul 1 petang hingga 4.45 petang.

“Wisma Putra juga memaklumkan keadaan penuntut itu kepada ibunya, Maznah Abu Mansor,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini hospital yang menempatkan Muhammad Asyraf dipenuhi wartawan tempatan dan antarabangsa yang ingin mengetahui perkembangan penuntut berkenaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close