Menjolok Atau Mencolok?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di Kulim cuaca pada hari ini tersangatlah teriknya mentari. Keluar pergi sembahyang Jumaat tadi pun naik kereta, biasanya Belalang berjalan kaki sahaja ke masjid.

Ok mari kita belajar bahasa melayu sedikit. Menjolok atau mencolok mempunyai maksud yang sama atau berlainan? Yang mana paling patut kita guna untuk memgambarkan tentang pakaian yang mendedahkan aurat? Perh, macam soalan cikgu BM pula Belalang tanya. Hahaha

Sebenarnya gambar di atas Belalang ambil dari satu group Facebook dimana si pengirim gambar berkenaan telah bertanya betul atau salah ayat itu digunakan. Belalang tertarik dengan pertanyaan blogger ini kerana pada satu masa dahulu Belalang pernah bertengkar dengan guru bahasa melayu Belalang gara-gara menanda jawapan Belalang salah.

Soalan peperiksaan pertengah tahun itu berbentuk objektif dimana antara jawapan yang tersenarai adalah menjolok dan mencolok. Oleh kerana Belalang telah yakin dengan tatabahasa Belalang, jawapan menjolok telah Belalang tandakan. Malangnya seperti yang Belalang nyatakan diatas, guru berkenaan telah menanda yang jawapan Belalang salah!

Dengan perasaan yang tak puas hati Belalang pergi mengadap cikgu berkenaan sambil membawa kamus dewan bahasa Belalang. Terus sahaja Belalang tunjukkan maksud ayat menjolok itu adalah yang paling tepat dan benar. Cikgu bahasa melayu Belalang yang berbangsa cina tersebut mengambil dam membelek-belek kamus Belalang.

Selepas beberapa ketika guru berkenaan menyerah kembali kamus Belalang dan berkata “awak punya ayat mungkin betul jika dirujuk pada kamus yang kamu bawa ini. Tapi kamus kamu ini tahun cetakkan ialah 1983 (tak salah Belalang), jadi perkataan itu mungkin masih belum di update maa”~ (baca dalam pelat cina)

Walaupun masih tak puas hati, namun Belalang tetap akur dengan penerangan cikgu berkenaan. Dengan berat hatinya Belalang berpatah balik berjalanan menuju ke kelas (ayat cerpen sikit). Hehehe

Namun peristiwa itu ada baiknya kerana selepas itu Belalang semakin berhati-hati dengan penggunaan tatabahasa Belalang. Bukanlah hebat mana, tapi Belalang cuba kurangkan kesilapan seberapa minima yang boleh.

Jika anda ingin mengetahui maksud sebenar perkataan menjolok dan mencolok, Klik sini dan sini.

Semoga entry ini bermanfaat kepada kita semua. 🙂 terima kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close