Mati Dipukul Kerana Kutuk Di Facebook

Senang betul mencabut nyawa orag sekarang ni. Tak perlu fikir panjang, tak puas hati je, hentam kasi mati. Dosa pahala belakag kira. Belalang bercakap tentang kes bunuh di tempat Belalang, Kulim. Gara-gara lelaki ini mengutuk hal peribadi seorang wanita di Facebook, dia telah dibelasah hingga mati oleh dua abang kepada wanita tersebut.

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri2 Seluruh Malaysia 2011

Di bawah adalah sedikit berita mengenai hal ini yang Belalang ambil dari akhbar Berita Harian-

Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Mohd Amran Romli, 20, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian jam 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas dekat sini, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, kelmarin.

Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki iaitu abang kepada kenalan wanitanya, masing-masing berusia 25 dan 26 tahun di belakang sebuah pasar raya di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat menggunakan topi keledar oleh suspek, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

“Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi selepas berhubung melalui laman berkenaan beberapa lama, hubungan mereka mula menghadapi masalah.

Untuk membaca sampai habis, klik sini.

Gunakan kemudahan internet sebaik mungkin. Bukan gunakannya untuk mencerca atau mengaibkan orang lain. Kan dah buruk padahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close