Masih Terasa Sedih | Isteri Fedtri Yahya Keguguran

Mungkin belum tiba rezeki kepada pengacara TV3 Fedtri Yahya dan juga isteri untuk menimang cahaya mata pertama mereka. Belalang membaca satu berita yang mengatakan isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, keguguran pada 26 Julai lepas. Malah hingga kini Fedtri dan isteri merasa sedih dengan kejadian yang menimpa mereka.

Di bawah adalah petikan asal yang Belalang ambil dari mstar online-

Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.

Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.

“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.

“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.

Kepada Fedtri dan Nurul Anati, Belalang harap mereka tabah dengan kejadian yang menimpa. Jangan risau kerana anda boleh mencuba lagi untuk mendapatkannya. Tak gitu? Hee 😉

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close