Mak Mah Dihalau Keluar Dari Rumah Sendiri

Ni apahal pula ni? sedang orang menanti ketibaan syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Pelakon Ruminah Sidek atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah khabarnya telah dihalau dari rumahnya? kenapa pula ni? (banyak betul tanda soal)

Katanya perkara ini berlaku disebabkan berlaku masalah pada hak milik tanah. Mak Mah dihalau keluar dari rumah terebut oleh salah seorang saudaranya juga. Kejam betul.

“Rumah itu mempunyai kenangan bersama arwah suami saya. Saya dihalau keluar kira-kira pukul 2 pagi pada dua bulan lalu memandangkan saya tiada hak ke atas tanah berkenaan,” 

Jelas Ruminah, dia bernasib baik kerana anak sulungnya Azlan Aman Ramlie datang membantu dengan mengambilnya pada hari kejadian.

Katanya, dia amat sedih dengan kejadian tersebut memandangkan rumah berkenaan dibina dengan pendapatannya menerusi wang lakonan filem Jangan Pandang Belakangdan Congkak.

“Tahun ini saya diuji Allah dengan hebat dan saya sendiri tidak menyangka dalam usia 65 tahun ini, Allah masih menguji saya seperti ini. Tetapi saya reda dengan setiap ujian dan yakin pasti ada hikmahnya,” ujarnya lagi.

Tak sangka Belalang, pada usia Mak Mah yang sebegini masih ada yang sanggup berbuat begitu. Apalah salahnya jika perkara ini diselesaikan baik-baik. Semoga Mak Mah tabah hadapi dugaan ini

Facebook Comments

Comments are closed.

Close