Layanan Ala Banduan? |Program Motivasi Di Penjara Kluang

Sepanjang Belalang belajar dari sekolah rendah sampai ke IPT, belum pernah lagi la Belalang ikuti kem motivasi yang programnya ala-ala pesalah banduan (pengaruh cerita Juvana kot?). Kalau yang ala-ala tentera tu biasalah. Namun itulah pengalaman yang telah dilalui oleh 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) yang melalui satu kem motivasi yang ala-ala banduan.

Jika nak fikir dari segi positif mungkin kem begini diwujudkan memandangkan masalah disiplin pelajar-pelajar kita pada hari ini berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Lalu mewujudkan satu program yang membolehkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah merasai sendiri bagaimana peritnya jika berada di penjara. Itu pendapat Belalang. Mungkin anda mempunyai pandangan anda sendiri dalam kes ini?

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri2 Seluruh Malaysia 2011

Di bawah adalah petikan asal berita ini yang Belalang ambil dari akhbar Kosmo-

Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) di sini mendakwa mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di Penjara Kluang hujung minggu lalu.

Ketika program selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu itu, mereka mendakwa diarah oleh warden penjara memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.

Seorang peserta, Mohd. Rafsanjani Mohd. Rafi, 16, mendakwa, pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut adalah untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

“Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.

“Keesokan harinya, ketika lawatan di penjara, saya terkejut apabila dimarahi dan dicekik oleh warden penjara,” dakwanya di sini semalam.

Katanya, dia dipilih mengikuti program berkenaan kerana ponteng sekolah selama 10 hari tahun ini.

Untuk membaca sampai habis, klik sini.

Apa pula pendapat anda? wajar atau tidak pelajar yang mempunyai masalah disiplin dihantar untuk mengikuti program sebegini?

 

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • smkbbu (15)

Comments are closed.

Close