Lagu Raya Pilihan Hati

Macam mana dengan persedian nak beraya? dah settle ke semua? Belalang apa pun tak ready lagi. Duit tak tukar lagi, baju ke kuih ke, apa semua tak tengok-tengokkan lagi. Rasanya last minute baru nak terkejar-kejar sediakan semua Belalang ni. Waktu tu baru nyesal sebab tak sediakan awal-awal πŸ˜‰

Bila sebut pasal nak raya, salah satu yang menaikkan semangat untuk menyambut raya ialah lagu-lagu raya. Di corong-corong radio kalau tak silap Belalang masih belum ada yang memutarkan lagu raya dengan bersungguh-sungguh. Mungkin beranggapan masih terlalu awal lagi. Tapi Belalang sendiri tiap-tiap hari dah start pasang lagu raya di kedai Belalang. Kasi mood kepada yang masuk nak beli barang. Hehehe

Dalam banyak-banyak lagu raya yang ada, Belalang cukup suka dengar lagu raya yang didendangkan oleh Dr.Sam, Esok Hari Raya. Memang happy dan gembira saja bila dengar lagu tu. Muziknya yang catchy, sesuai untuk semua lapisan umur. Namun satu yang Belalang perasan, Β lagu-lagu raya baru tak beraura seperti lagu-lagu raya lamakan?

Ok lah…selamat meneruskan perjuang sementara menanti hari kemenangan kita. Sambil-sambil tu, kalau nak rasa feel nak raya juga silalah play lagu di bawah ini. Tak pun download banyak-banyak lagu raya simpan dalam pc πŸ™‚

**Ada yang nak request kord agu ni ke? kalau nak nanti Belalang kongsikan di sini

Facebook Comments

Comments are closed.

Close