Kisah Belalang Jr.

Sepanjang tiga tahun Belalang menulis blog, ini adalah kali ke -4 Belalang berkongsi cerita mengenai puteri kesayangan Belalang sorang ni, Belalang Jr. Tiba-tiba rasa nak berkongsi cerita pula perihal perangai dia yang semakin menjadi-jadi seiring dengan meningkatnya usia dia.

Sekarang ni dah pandai posing maut kalau nampak kamera. Macam la lensa kamera tu dihalakan kepada dia. Padahal nak tangkap gambar barang-barang kedai. Merengek-rengek suruh Belalang tangkap gambar dia. Akhirnya gambar barang kedai ke mana, gambar dia pula yang banyak. Tengok gambar atas tu. Belalang panggil gambar ni gambar ala-ala awek Facebook. Hahaha

Bila dengar saja lagu tak kira la di rumah atau dalam kereta, mesti ikut nyanyi punya. Yang bestnya betul pula tu nada dengan sebutan. Sampai naik hairan Belalang kadang-kadang “Bila budak ni dengar lagu ni?”. Bercakap sangkut-sangkut tapi nyanyi lancar je 🙂

Belalang Jr. cukup pantang tengok Belalang dan Mrs.Belalang duduk rapat-rapat. Ada sajalah benda dia nak buat kalau nampak kami berdua. Time tu la dia panjat belakang, tarik rambut, gigit mana yang patut, silambam dan macam-macam lagi la. Apa yang dia dengki sangat pun tak tahulah. Bila kena marah tahu pula nangis. Lagi tak pujuk tak diam.

Hari raya nanti kedai Belalang sudah mula beroperasi pada raya ke-2. Banyak ya amat tempahan yang diterima. Rezeki mungkin sebab bulan puasa ni jualan merosot sangat. Belalang dan Mrs.Belalang putuskan untuk tinggalkan Belalang Jr. di kampung supaya dia boleh merasai suasana hari raya. Kesian pula jika nak bawa dia ke kedai. Budak-budak lain sibuk makan kuih raya, main kejar-kejar dengan sepupu, tapi dia pula terpaksa ikut Belalang ke kedai.

Sepanjang dia berada di kampung tu, mungkin baru Belalang dan Mrs.Belalang boleh honeymoon (oh yeah!) kejap sebab tiada budak sibuk tu. Tapi yang pasti kami tentu akan rindu dengan karenah dia tu

Facebook Comments

Comments are closed.

Close