Keadaan Lalu Lintas 27 Ogos 2011

Pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), kebanyakannya untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri membuatkan beberapa laluan trafik bergerak perlahan.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, trafik perlahan di arah selatan dari Nilai ke Seremban di Kilometer (KM) 284 hingga KM273.

“Trafik turut bergerak perlahan menghala ke ibu negara bermula dari Senai ke Kulai, Johor,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, PLUS melalui twitter pada jam 4.11 petang tadi melaporkan trafik juga bergerak perlahan selepas Tapah ke Gua Tempurung, Perak arah utara dan setakat jam 3.35 petang tadi, trafik kembali lancar dari Slim River menghala ke Sungkai.

Twitter PLUS turut melaporkan dua kemalangan iaitu di Plaza Tol Sungai Besi pada jam 4.28 petang dan di KM275.2 arah selatan dari Nilai ke Seremban jam 3.24 petang.

Tiada sebarang penutupan lorong dilakukan dan keadaan trafik masih terkawal. – BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close