Jurujual Disimbah Asid

Simbah menyimbah asid kembali lagi. Tapi kali ni lebih hebat kerana penyerang menggunakan asid betul, berbanding individu asid bersiri sebelum ini yang tidak begitu teruk kesannya.

Kurang pasti pula mengapa jurujual ini telah menjadi mangsa simbahan asid. Mungkin motif dendam atau mempunyai masalah perselisihan faham dengan mana-mana individu?

Di bawah adalah petikan asal berita ini yang Belalang ambil dari Utusan-

Seorang jurujual kereta cedera parah di beberapa bahagian badan selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

Mangsa Faizal Halim Rustam, 37, disimbah cecair itu ketika sedang membaca akhbar di sebuah kedai dalam kejadian pada pukul 8.30 malam.

Akibat kejadian itu, Faizal kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan keadaannya bagaimanapun dilaporkan stabil.

Beliau mengalami kelecuran pada bahagian belakang badan, mata, leher serta lengan.

Ketika ditemui pemberita di hospital itu, Faizal berkata, ketika kejadian, beliau membeli minuman dan sempat membaca akhbar di luar kedai berkenaan sebelum disimbah cecair berkenaan.

Berhati-hati la dengan dunia hari ini. Kita yang tak punyai musuh pun kadang-kadang masih menjadi mangsa kepada keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close