Final Badminton Dunia | Lee Chong Tewas Kepada Lin Dan

Hasrat Lee Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan Chong muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 buat kali pertama tidak kesampaian apabila Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya Lin Dan dengan 22-20, 14-21, 21-23.

Menyaksikan perlawanan antara mereka sebentar tadi, jantung Belalang tak henti berdebar-debar dari mula perlawanan hinggalah tamat. Ini kerana perlawanan diantara Chong Wei dan Lin Dan begitulah sengit. Kejar mengejar mata terjadi dari awal permainan hinggalah Lin Dan muncul juara.

Walau bagaimana pun sekalung ucapan tahniah tetap diucapkan kepada Lee Chong Wei. Datuk telah bermain dan mencuba sedaya upaya namun Lin Dan tetap membuktikan yang dia berada pada kelas yang tersendiri.

Tahniah Lee Chong Wei 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close