Fida & Mamat Sepah Rapat? Wow!

Wah, tak sangka pula Belalang yang rupanya Mamat dari kumpulan Sepah ni sedang berkawan rapat dengan Fida. Rupanya citarasa Fida ni memang dia tertarik kepada orang-orang yang kelakar rupanya.

Kata Fida dia tertarik kepada Mamat atas beberapa sebab. Jom kita baca sebab-sebab mengapa Fida tertarik dengan Mamat.

“Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain.

“Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak,” jelas Fida.

Sebagai seorang peminat dunia hiburan tanah air, Belalang doakan semoga hubungan mereka akan berjalan lancar dan menjadi seperti apa yang mereka rancangankan. Dan jika memang ini jodoh Belalang harap ia akan berbekalan. 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close