FELDA Bagi Duit Raya RM42.6 Juta Kepada Peneroka!

Semenjak kebelakangan ni terlalu kerap pula rasanya nama FELDA meniti di bibir-bibir akhbar tempatan. Ada sajalah berita yang mengembirakan peneroka FELDA diumukan oleh kerajaan. Untung la peneroka dapat PM orang kampung mereka. Kena sayang lebih ni kepada Najib.

Terbaru, PM Najib umumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka FELDA yang berjumlah RM42.6 juta!!! Wow!!! Nak jadi orang FELDA jugak!!! Hahaha…

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri2 Seluruh Malaysia 2011

Di bawah adalah berita asal yang Belalang ambil dari akhbar Berita Harian-

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.

Beliau berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan FELDA di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.
Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata, kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama FELDA dan peneroka yang tidak bersama FELDA.

“Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama FELDA akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.

“Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama FELDA pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta,” katanya.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.

Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.
Tahun lalu, peneroka yang bersama FELDA atau yang menjual hasil kepada FELDA menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama FELDA RM150 seorang.

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan FELDA seluruh negara, katanya.

“Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,” katanya.

Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama FELDA supaya dapat kembali bersama FELDA bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close