Budak Berusia 7 Tahun Ikat Kontrak Bersama Real Madrid?

Macam tak logik saja bila dengar berita tentang ini. Kanak-kanak tujuh tahun boleh tandangan kontrak dengan kelab gergasi Real Madrid? Hebat sangat tuu… Tentu berbakat benar budak tu sampai Real Madrid tak takut kelab lain terpikat hati kepada budak tu juga.

Belalang cuba juga mencari gambar kanak-kanak berkenaan namun tidak pula Belalang perolehi. Teringin juga nak lihat wajah kanak-kanak berkenaan.

Di bawah adalah berita asal yang Belalang ambil dari Berita Harian-

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Argentina, Leonel Angel mengikat kontrak dengan kelab ternama Sepanyol, Real Madrid.

Ini menjadikan kanak-kanak itu sebagai pemain termuda dalam sejarah kelab berkenaan.

Agensi berita Xinhua, China melaporkan Miguel Coira, bapa kepada Angel memberitahu stesen radio tempatan bahawa anaknya sudah mengikat kontrak dengan kelab berprestij Sepanyol itu.

“Dia amat bagus. Apa yang terbaik ialah dia seronok ketika bermain, itu yang amat penting. Dia bermain dengan pemain lebih tua dan itu yang menjadi perbezaan,” kata Coira.

Kanak-kanak itu dilahirkan pada 29 Mac dan akan menjalani latihan di Real Madrid pada 6 September depan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close