Blog Malaysian Insider Disaman RM200 juta!

Isu saman-menyaman blogger memang menjadi-jadi kebelakangan ini. terbaru Blog Malaysian Insider disaman RM200 juta oleh Bekas Pengurusi Eksekutif Malaysia Airlines kerana dikatakan telah memfitnahnya dalam satu artikel.

Itulah risiko yang harus dilalui oleh seorang blogger dalam menyiarkan hal-hal yang agak menyentuh peribadi seseorang.

Dibawah adalah artikel asal berita ini yang Belalang ambil dari akhbar Utusan-

Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli mengemukakan saman RM200 juta terhadap portal The Malaysian Insider dan dua yang lain atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan pada 31 Mei lalu.

Writ saman tersebut yang difailkan pada 18 ogos lalu menamakan The Malaysian Insider Sdn. Bhd., pemiliknya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan.

Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close