Berbuka Puasa Dalam Kegelapan

Bagaimana dengan puasa hari ketiga? Ada yang mula terasa keletihan? Sabar, panjang lagi perjalanan puasa kita. Jika terasa keletihan tu, ambil la sedikit masa untuk berehat seperti lelapkan mata. Satu lagi elakkan untuk berada di bawah panas matahari untuk waktu yang lama. Nanti tak pasal-pasal kering tekak tu. Hehehe

Hari pertama Belalang berbuka puasa di kampung Mrs.Belalang di Baling, Kedah. Seronok betul berbuka bersama adik-adik yang banyak karenah tu. Gembira sahaja semua waktu berbuka. Lepas berbuka masing-masing mula la mencari tempat untuk bersandar akibat kenyang sangat. Bila melihat gelagat adik-adik yang mula menguap macam ular kenyang tu, Mak dan Ayah mertua Belalang pun terus sahaja membebel suruh bangun pergi terawih. Berdesup semua lari ke bilik air.

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri2 Seluruh Malaysia 2011

Kelmarin pula Belalang hanya berbuka di rumah bersama Mrs.Belalang dan Belalang Jr. Ala kadar sahaja Mrs.Belalang sediakan juadah untuk berbuka. Semua dimasaknya sendiri. Belalang tak kisah sangat makan apa waktu berbuka tu, janji ada lauk ayam. Itu wajib! Bulan tak puasa pun kena ada menu tu. 😉

Sedang sabar menanti masuknya waktu berbuka tu, tiba-tiba ZAPP!!! keadaan menjadi gelap. Kipas, lampu dan tv mati dengan sendirinya. Ah, sudah! elektrik putus pulak! Dah la masa nak berbuka pun begitu hampir. Jiran sebelah-menyebelah Belalang pun pakat berkumpul di luar. Masing-masing nak pastikan betul ke semua rumah tiada elektrik (sure ada yang missed bayar bil nih). Dan hinggalah azan Maghrib berkumandang, elektrik masih tiada. Mahu tak mahu Belalang dan Mrs.Belalang berbuka juga dalam gelap yang hanya cahaya lilin menerangi kami sekeluarga. Dah macam candle night dinner. Hehehe

Elektrik hanya ada kembali pada pukul 8:30 malam. Lega Belalang kerana ia tak berlarutan lebih lama. Bimbang juga Belalang kalau-kalau sampai esok pagi elektrik masih tiada. Kacau tuu…

Sepanjang Belalang berpindah ke sini, inilah kali pertama Belalang alami gangguan elektrik. sebelum-sebelum ini tiada masalah ini. Dalam waktu yang penting ketika orang mengadap juadah berbuka elektrik tiada. Macam tiada masa lain. Harap-harap malam ini tidak berulang lagi perkara sebegitu. 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close