Bapa Subahat Anak Khalwat Di Rumah

Tindakan duda membawa teman wanitanya pulang ke rumah hampir setiap malam akhirnya membawa padah apabila dia dan pasangannya dicekup berkhalwat di rumah di Kampung Darat, Changlun, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 28 tahun yang mempunyai dua anak itu dikatakan menjadikan rumah bapanya sebagai tempat memuaskan nafsu bersama pasangannya berusia 18 tahun berasal dari Kampung Alor Janggus, Napoh, di sini.

Ketika kejadian, bapanya berusia 70 tahun yang tidur dalam bilik berasingan di rumah itu terkejut apabila pintu rumah mereka diketuk sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 1.15 pagi.

Difahamkan, kegiatan maksiat lelaki itu pernah ditegur penduduk kampung kerana tidak mahu bersubahat tetapi disebabkan takut dengan ugutan si anak, si bapa mendiamkan diri dan membenarkan anaknya bergelumang dengan dosa terutama pada Ramadan ini.

Mereka memberi alasan terpaksa tinggal bersama di rumah itu kerana hubungan cinta tidak direstui keluarga perempuan walaupun mereka berhasrat berkahwin.

Sumber berkata, berdasarkan aduan, pihaknya memeriksa rumah terbabit dan ternampak kelibat lelaki itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi gagal apabila dikepung anggota penguat kuasa.

Katanya, lelaki yang berkemeja-T dan memakai boxer itu gagal meloloskan diri apabila dia terperangkap lalu terpaksa menyerah diri.

“Hasil pemeriksaan menemui wanita memakai kain pelikat dan berkemeja-T keluar dari bilik dipercayai bilik pasangannya itu.

“Selepas disoal siasat, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai ikatan suami isteri,” katanya.

Selain pasangan itu, bapa lelaki terbabit turut ditahan untuk diambil keterangan kerana bersubahat dan membenarkan anaknya melakukan maksiat.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untukt laporan tangkapan.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • gadis kampung kubang pasu (19)

Comments are closed.

Close