Asyraf Imam Muda Bakal Menimang Cahaya Mata

Tahniah Belalang ucapkan kepada Asyraf bekas peserta Imam Muda kerana bakal menerima orang baru dalam keluarganya. Khabarnya isterinya kini sedang hamil enam bulan.

Asyraf juga mengesahkan bayi yang bakal dilahirkan oleh isterinya nanti ialah bayi lelaki. Nanti mesti turun macam ayah dia ni 🙂

Imam Muda Asyraf, 27, bakal menyambut kelahiran bayi lelaki pada hujung tahun ini memandangkan isterinya sedang hamil enam bulan.

Biarpun sibuk dengan urusan kerja melibatkan jemputan mengimamkan solat terawih dan memberi tazkirah Ramadan sepanjang bulan ini, dia tetap mengambil berat dan mengutamakan isterinya yang sedang sarat itu.

“Saya kasihankan isteri yang sedang mengandung, jadi sebab itu orang tidak melihat saya bersamanya kerana saya kurang mengajak dia ke majlis-majlis tertentu.

“Saya tidak mahu dia terdedah sama dengan kesibukan saya yang terpaksa berkejar ke sana sini. Lagipun, dia memang tidak suka menjadi perhatian ramai,”

“Saya kasihankan isteri yang jarang dapat berbuka puasa bersama-sama saya. Jadi, apabila berada di kampung, sekurang-kurangnya dia lebih seronok apabila makan berteman.

“Sebelum ini dia selalu masak untuk kami makan sahur bersama-sama,” kata Asyraf yang banyak mendapat jemputan berbuka puasa di luar.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini bakal menyerikan lagi rumah tangga Asyraf dan isteri

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • isteri ashraf muslim hamil (13)

Comments are closed.

Close