Anak Saudara Penyanyi 80-an Mangsa Serangan Asid Terbaru

Kejadian simbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali terhadap orang awam di sekitar ibu negara seakan tiada kesudahannya apabila ia berterusan berlaku walaupun polis sudah berusaha menjejaki penjenayah terlibat sejak Mei lalu.

Terbaharu, seorang pemuda yang merupakan anak saudara kepada penyanyi 80-an, Datin Ramziela Radzillah dilaporkan menjadi mangsa kepada penjenayah berkenaan.

Mangsa, Iman Hussein terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Pemantauan Rapi Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan serius.

Iman disimbah menggunakan cecair asid dipercayai jenis peluntur itu di bahagian muka semasa berada di sekitar Pusat Beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, Ramziela yang begitu marah dengan insiden menimpa anak saudaranya itu telah meluahkan perasaan menerusi laman sosial Facebook.

Ramai rakan sosialnya menyatakan simpati terhadap nasib menimpa anak saudaranya dan ada juga yang tertanya-tanya bila kerajaan akan menguatkuasakan larangan penjualan asid.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Kita belum pasti motif kejadian ke atas mangsa, tetapi ia tiada kaitan dengan samun dan masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek,” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • ramziela radzillah (29)

Comments are closed.

Close