1,597 Pemastautin Tetap Dalam Rang Daftar Pemilih – Pas

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa terdapat 1,597 nama pemastautin tetap dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan yang akan membolehkan golongan ini mengundi dalam pilihan raya nanti.

“Jika benar terdapat cubaan untuk mendaftarkan penduduk taraf pemastautin tetap sebagai pengundi, ini boleh dikira sebagai pengkhianatan kepada kedaulatan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Selangor dikesan mempunyai jumlah kes tertinggi iaitu 1,108, diikuti Johor 380, dan Kuala Lumpur 52 kes, manakala negeri-negeri lain mencatat di bawah 20 kes.

Salahuddin meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil satu sidang khas Parlimen dalam bulan ini bagi membincangkan isu berkenaan yang dianggapnya sebagai serius.

“Jika tiada respons, kami akan pergi ke langkah seterusnya,” katanya.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close