Update Bersih | Penyokong Mula Berhimpun

Kira-kira 5,000 penyokong pertubuhan haram Bersih berhimpun di Dataran Maybank di sini hari ini.

Kumpulan yang pada mulanya menuju ke Stadium Merdeka kini berpatah balik dan menuju ke arah kumpulan yang sedang berkumpul di Kotaraya.

Ada juga yang akan bergabung dengan satu lagi kumpulan yang berhimpun di Hospital Tung Shin dekat situ.

************************

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau menjangka dia akan ditangkap oleh polis ketika ditanya sekumpulan pemberita asing di Hotel KL Hilton pukul 12.30 tengah hari ini. Turut berada di hotel itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin pembangkang itu dijangka berarak ke Istana Negara selepas selesai mesyuarat di hotel itu.

************************

Walaupun dilarang daripada memasuki ibu negara, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tetap hadir mengetuai perhimpunan Patriot.

Beliau tiba kira-kira pukul 1.40 petang tadi.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut hadir bagi membantah perhimpunan haram oleh Bersih.

*Sumber daripada Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close