Titah Sultan Selangor | Tindakan Tegas Kepada Pengacau

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah dimana tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api prmusuhan, perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor.

Di bawah adalah berita mengenai titah baginda itu yang Belalang ambil dari akhbar Utusan-

Koleksi Himpunan Lirik & Kord Gitar Hot!

Koleksi Himpunan Lawak Pendek Terbaik!

“Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

“Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama, iaitu agama Islam,” titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa di sini.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi.

“Negara kita telah merdeka sebegini lama dan beta percaya rakyat Melayu di negeri Selangor ini telah banyak mempelajari dan mengetahui akan kemajuan hidup yang telah dicapai dan yang akan dicapai,” titah baginda.

Semoga dengan titah baginda Sultan Selangor ini, maka rakyat-rakyat di bawah naungan baginda yang berada di negeri selangor dapat mengambil iktibar dari titah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close