Titah Khas Agong Mengenai Bersih

Istana Negara pada malam kelmarin telah mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Di bawah sebahagian Titah Tuanku Mizan yang Belalang ambil dari akhbar Kosmo-

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Baca berita penuh disini.

Diwaktu-waktu begini memang peranan Agong Belalang rasa amat diperlukan bagi menjaga negara ini daripada kacau-bilau. Sama-samalh kita renungkan Titah daripada Tuanku Mizan ini. Love Malaysia! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close