Terkini Bersih 2.0 | Beberapa Tangkapan Telah Dilakukan

Beberapa blog politik ada menceritakan yang polis telah bertindak menahan mana-mana individu atau kumpulan yang dipercayai berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 di beberapa tempat seperti Kg.Baru dan Maju Junction. Terbaru di hadapan Hotel Legend seramai 14 pelajar perempuan sekolah agama ditahan selepas turun dari LRT PWTC (gambar bawah).

sekitar pukul 2 pagi tadi juga pihak polis telah melakukan beberapa siri pemeriksaan di beberapa hotel sekitar ibu kota Kuala Lumpur (gambar atas).

Khabarnya tentera juga telah diarahkan berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Lagi update semasa akan Belalang kongsikan sekiranya berlaku sesuatu.

*Info ini telah diambil dari beberapa blog politik yang melaporkan perkara ini secara langsung.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close