Tan Sri Zain Hashim Meninggal

Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Zain Hashim meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Selayang, di sini, hari ini.

Allahyarham yang berusia 81 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.50 petang dan meninggalkan seorang isteri, tiga anak dan lima cucu.

Anak keduanya, Zainol Baharin Zain, 38, berkata, arwah bapanya itu telah dimasukkan ke Hospital Selayang sejak sebulan yang lalu dan meninggal dunia di samping isteri serta anak-anaknya.

Allahyarham yang menyertai rekrut Askar Melayu pada tahun 1949 dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 20 Januari 1981 sebelum bersara pada 15 Januari 1984.

Ketika hayatnya, Zain aktif dalam aktiviti perbankan dan juga sukan negara. Antaranya sebagai felo Institute of Bankers Malaysia serta Pengerusi Perwira Affin Bank.

Allahyarham juga aktif dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta pernah menjadi Ketua Kontinjen Negara pada Sukan Perpaduan Islam 2005 di Arab Saudi.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Kota Damansara malam ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara Seksyen 9, dekat ini selepas solat isyak.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close