Skuad Olimpik Negara Hadapi Chelsea

Nampaknya peminat-peminat tempatan tak berpeluang untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya berentap melawan Chelsea berikutan tarikh yang begitu hampir dengan perlawanan kedua Pra-kelayakan Piala Dunia 2014. Oleh itu FAM telah sebulat suara untuk menyerahkan tugas berkenaan kepada skuad pelapis negara iaitu Harimau Muda atau skuad Olimpik negara.

Laporan Polis Terhadap Blogger PakKaramu

Ditipu Syarikat Pelaburan Ikan Patin

Portal Malaysiakini Akan Ditutup?

Nurrahayu Mati Dibunuh Dengan Kejam

Menurut Kim Swee, beliau akan menggabungkan barisan pemain Harimau Muda A dengan beberapa pemain bintang Liga Super yang tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan kendalian Rajagobal.”Sudah tentu beberapa pemain utama skuad Olimpik seperti Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Ahmad Fakri Saa- rani tidak dapat beraksi kerana mereka ada tugas penting bersama skuad kebangsaan – Kosmo

Rasanya memang patut langkah ini diambil memandang perlawanan kelayakan piala dunia lebih penting berbanding perlawanan persahabatan itu. Lagipun rasanya skuad Olimpik juga akan mendapat manfaat dengan peluang yang diberikan kepada mereka ini. Pengalaman yang sangat berharga dapat menentang salah satu kelab gergasi dunia.

Pun begitu, kita masih dapat melihat skuad Harimau Malaya menentang Arsenal (13 Julai) dan Liverpool (16 julai). Tapi bagi Belalag pula, tak kisah la skuad mana pun yang main. Yang penting Belalang suka dengan perkembangan bola sepak tanah air kita kebelakangan ini. Semoga Harimau akan terus mengaum garang! 🙂

Video Pekerja KFC Sapu Ayam Nak Dimasak Ke Kasut

Respon Daripada KFC Mengenai Video Pekerja Biadap

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close