Siaran Langsung Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011 | Live Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011

Gambar dari page Facebook Kelab Penyokong Skuad Harimau Malaya AFF Cup

Selepas tewas kepada Arsenal pada perlawanan persahabatan baru-baru ini, kini pasukan Harimau Malaya akan melalui satu lagi perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab ternama iaitu Liverpool. Perlawanan akan berlangsung pada pukul 5:45 petang di Stadium Bukit Jalil.

Siaran langsung Malaysia vs Liverpool? Belalang pun tak pasti ada atau tidak. Tetapi menurut beberapa sumber, Astro akan membawakannya secara langsung di saluran 817. Apalah susah sangat nak siarkan perlawanan pasukan negara ni? perlawanan yang tak berkaitan dengan pasukan negara ada pula Astro tayang. Tonton perlawanan ini live di Astro Arena 801 sekarang!!!

Mengenai live streaming pula, seperti perlawanan sebelum ini rasanya ada. Akan Belalang kongsikan link live streaming berkenaan sebelum bermulanya perlawanan.

Atau kalau susah-susah sangat, anda boleh saja ikuti update keputusan semasa dari Belalang di blog ini. Anda hanya perlu kembali lagi pada hari perlawanan dan Belalang akan update setiap gol-gol terkini.

Update:

Link untuk live streaming, anda boleh mencuba dua link yang Belalang berikan dibawah. Belalang akan terus mencari link live streaming sebagai persediaan jika link yg diberi tak berfungsi-

Malaysia vs Liverpool 16 July 2011 (stream 1)

Malaysia vs Liverpool 16 July 2011 (stream 2)

Di bawah Belalang akan cuba update jaringan-jaringan terkini yang terhasil dari kedua-dua pasukan.

Malaysia 3 -6 Liverpool

(tamat perlawanan)

Charlie Adam (27′)

Shafiq Rahim (43′)

 David (67′,69′)

Maxi (75′,90′)

Safee Sali (78′,81′)

Kuyt (90′)

Ulasan separuh masa pertama:
Seperti yang dijangkakan, Harimau Malaya akan bermain lebih garang apabila memakai jersi biru. Jika bukan kerana sepakan penalti yang diberikan kepada pasukan Liverpool, rasanya Malaysia mampu meneggelamkan kehebatan Liverpool di babak pertama ini. Mari kita nantikan bersembahan dari Harimau Malaya di separuh masa kedua. Yeah!!!

Ulasan separuh masa kedua:
Beberapa kesilapan dibahagian pertahanan menghukum Harimau Malaya apabila Liverpool begitu mudah menambah beberapa lagi koleksi gol mereka. Namun, segalanya agak berubah apabila penyerang berbisa kita, Safee Sali diturunkan. Tidak sampai beberapa lama dia beraksi di padang, Safee telah berjaya menghadiahkan 2 gol bermakna dalam jarak waktu yang sangat hampir (Salute sama lu bro!). Pun begitu, semakin hebat Harimau Malaya beraksi, semakin garang juga jadinya Liverpool. Hasilnya sebelum wisel penamat dibunyikan, Liverpool berjaya menambah beberapa gol lagi menjadikan kedudukan Malaysia 3-6 Liverpool.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close